Enterprise Vs Sendirian Berhad? (Newbie Bisnes Wajib Baca)



Perkongsian ini berdasarkan daripada sahabat admin.


  • Orang selalu tanya aku, antara Enterprise dengan Sdn Bhd mana yang best. Sukar aku nak kata mana paling best, sebab dua-dua pun ada lebih dan kurang dia.
  • Ni aku buat ringkasan Enterprise VS Sdn Bhd, kau decidelah sendiri mana best. Teruskan membaca.

    1. Konsep

    Enterprise ni baik milikan tunggal atau perkongsian orang panggil sebagai PERNIAGAAN.

    Sdn Bhd orang panggil SYARIKAT. Jadi Enterprise bukanlah syarikat. Ia Perniagaan dua kali aku ulang ni.

    2. Akta

    Enterprise pakai Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

    Sdn Bhd pakai Akta Syarikat 2016, dulu dia pakai Akta Syarikat 1965. Terkini nak tunjuk pandai nampak bijak, rujuk Akta baru saja. Akta lama dah takda orang rujuk lagi.

    3. Kos Pendaftaran - Enterprise

    Enterprise kau kena buat bayaran RM60 kalau kau nak daftar bisnes atas nama perniagaan. Contoh Azrul Kacak Resources. Kau juga boleh daftar perniagaan seperti nama dekat IC dengan kos RM30.

    Ada tambahan RM10 lagi untuk print maklumat bisnes.

    3. Kos Pendaftaran - Sdn Bhd

    Sdn Bhd kau nak daftar dia kena bayar dalam RM2,500 - RM3,500 kepada setiausaha syarikat. Mereka akan bantu daftarkan syarikat. Kos ni sekali bayar saja. Tak perlu bayar tiap tahun macam Enterprise.

    Setiausaha Syarikat tu bukan tukang buat air ye.

    4. Bilangan Ahli

    Kalau Enterprise jenis milikan tunggal, seorang saja ahli. Kalau jenis perkongsian minimum 2 orang sehingga 50 max.

    Sdn Bhd kena ada sekurangnya seorang Pengarah dan seorang Pemegang Saham. Ikut kepada Akta baru. Dulu kurang-kurang nak dua orang.

    5. Pewarisan

    Enterprise tak boleh waris kepada anak beranak, isteri, cucu, cicit. Disini kelemahan Enterprise. Aku bagitau siap. Owner meninggal dunia bisnes wajib tutup.

    Sdn Bhd boleh di wariskan kalau pengarah atau pemegang saham meninggal dunia. Takda hal.

    6. Liabiliti Terhad

    Enterprise tak terhad. Segala bebanan seperti hutang contohnya, di tanggung oleh pemilik. Penalti, saman pun atas pemilik.

    Sdn Bhd terhad. Ia jenis entiti berasingan, bebanan ke atas syarikat tak jejaskan pengarah dan pemegang saham.

    7. Audit & Setiausaha Syarikat

    Enterprise tak perlu.

    Sdn Bhd wajib ada dua-dua. Jadi bila perlu, ia kos tambahan kepada Sdn Bhd untuk servis Juru Audit dan Setiausaha Syarikat.

    Cuma ada jenis Sdn Bhd yang tak perlu audit, itu kita cerita lain kali.

    8. Kadar Cukai

    Enterprise kadar cukai sama macam cukai individu, cukai dikira bawah nama individu pada kadar 0% - 28%

    Sdn Bhd pada kadar 18% bagi pendapatan bercukai RM500K dan modal saham 2.5 Juta. Kalau modal saham lebih 2.5 Juta RM500K seterusnya pada kadar 24%.

    9. Pulangan

    Pulangan kepada pemilik Enterprise dalam bentuk untung. Boleh jadi pembahagian untung kalau konsep perkongsian.

    Sdn Bhd ni pulangan dalam bentuk Dividen kepada pemegang saham.

    10. Sumbangan Modal

    Enterprise bergantung kepada perjanjian kalau kongsi perkongsian. Kalau pemilik tunggal takda limit. Ikutlah suka hati kau orang.

    Sdn Bhd melalui langganan saham. Kebiasaan kau kena minta bantuan setiausaha syarikat untuk urus berapa saham kau nak tambah.

    Cukup 10 dulu yang asas Enterprise Vs Sdn Bhd kau orang patut tahu. Seterusnya buatlah keputusan yang mana lebih baik. Setiap orang ada perancangan mereka sendiri.

    Daftar bisnes tu penting, kalau tak, kau buat bisnes haram. Ingatlah buat pekara haram tu dosa. Tahu takut, kahkah!

    Sumber Fakta : Original Sumber Berkredit

    Ulasan