KUCHING: Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerah ke sebuah kediaman di Three Hills Park di sini apabila sebuah beg plastik yang mencurigakan ditemui di pekarangan rumah tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai, pihaknya bergegas ke lokasi bersama UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak susulan menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita sekitar jam 3 petang.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan Unit Pemusnah Bom berpakaian lengkap dikerah ke lokasi bagi melupuskan objek berkenaan menggunakan robot pemusnah bom.
“Bagaimanapun, ia bukan (bom) seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.
Beliau memberitahu, beg plastik itu tidak mengandung sebarang bahan mudah terbakar.
“Kita memastikan anggota terlatih dan pakar mengendalikan situasi itu dan memusnahkan plastik berkenaan meskipun ia bukan bom seperti didakwa,” katanya.
SOURCE→ http://www.theborneopost.com/2016/04/09/beg-plastik-disangka-bom-upb-dikerah/
Ulasan