BINTULU: Persatuan Petanque Bahagian Bintulu akan menganjurkan Kejohanan Petanque Terbuka Bintulu 2016 pada 26 hingga 27 Mac ini di Arena Petanque Bintulu. Kejohanan terbuka kepada semua kelab dan persatuan petanque negeri dan luar negara dengaan yuran penyertaan sebanyak RM100 bagi setiap pasukan yang berminat.
Pusingan pertama akan diadakan secara liga (tempat ketiga dalam kumpulan akan memasuki kejohanan division dua), pusingan kedua diadakan secara ‘double knock out’ manakala pusingan ketiga sehingga final diadakan secara kalah singkir.
Sebarang perubahan tertakluk kepada jumlah penyertaan. Johan bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala pusingan dan piala, naib johan (wang tunai RM1,000 dan piala), ketiga (RM700 dan piala), keempat (RM400) dan kelima hingga 10 (RM100).
Borang penyertaan atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh diperolehi daripada Muhd. Asri Tamizi Tuah (019-4899020) atau Nurul Husna Ismail (012-8317354). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Mac, jam 12 tengah hari.
Source COPYRIGHT→ http://www.utusansarawakonline.com/news/32897/Kejohanan-Petanque-Bintulu-26-27-Mac/
Ulasan