BINTULU: Seramai 71 penghuni Kompleks Kebajikan Anak-anak Yatim Bintulu (PERYATIM) diraikan dalam Majlis Jalinan Kasih yang disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di dewan utama kompleks kebajikan berkenaan, di sini semalam.
Majlis ini anjuran Astana Negeri yang diadakan sempena Lawatan Rasmi Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri ke Bintulu. Pada 23 Mac ini, PERYATIM Bintulu akan genap setahun penubuhannya.
Penghuni Kompleks Kebajikan Anak-anak Yatim Bintulu ini terdiri daripada 41 lelaki dan 30 perempuan yang berumur dari 7 tahun hingga 18 tahun serta mempunyai 20 kakitangan. Setiap penghuni menerima barangan peribadi, kuih muih dan “angpau“.
Turut hadir isteri Menteri Muda Pelancongan Datin Dr Zaleha, isteri Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datin Noraini Hussien dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu Rodziah Morshidi.
Source COPYRIGHT → http://www.utusansarawakonline.com/news/32911/Isteri-TYT-rai-anak-yatim/
Ulasan