SIBU: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis kerana menunjukkan alat sulitnya kepada seorang wanita di pusat parkir beli-belah, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, seorang pekerja wanita, 22, mengambil sesuatu dalam kereta di pusat beli-belah tersebut apabila lelaki terbabit melontarkan senyuman kepadanya sambil melucutkan seluarnya dan menunjukkan alat sulitnya ke arah wanita itu.
Tersentak dengan tindakan lelaki tersebut, mangsa bergegas lari meminta pertolongan seorang pengawal keselamatan.
Wanita tersebut ditemani pengawal keselamatan kemudian berpatah balik ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki berbangsa Cina masih berada di situ.
Pengawal keselamatan itu menahan lelaki tersebut sebelum menyerahkannya kepada polis peronda MPV untuk dihantar ke Balai Polis Sentral.
Difahamkan ahli keluarga suspek yang dipanggil ke balai memberitahu polis lelaki itu mempunyai masalah mental.
Kes tersebut dirujuk kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.
Sumber → http://www.theborneopost.com/2016/02/27/lelaki-kurang-siuman-tunjuk-alat-sulit-kepada-wanita-ditahan/
Ulasan