VIRAL MEDIA "PENIAGA DI PASAR UTAMA BINTULU DI MONOPOLI WARGA ASING"(Baca Sepenuhnya)

Bintulu- Rungutan dan aduan oleh peniaga di Pasar Utama Bintulu mengenai kehadiran "warga asing" yang berniaga sedikit sebanyak memberi kesan impak negatif kepada peniaga "local" (penduduk asal Bintulu) untuk berniaga kerana hasil barang untuk di niaga seperti borongan untuk ikan di "monopoli" oleh warga-warga asing yg berniaga di tempat tersebut.

Setelah hasil tinjauan yang di lakukan,kehadiran warga asing yang berniaga disebabkan berlakunya "lesen alibaba" iaitu si empunya lesen asal telah menyewa tapak perniagaan kepada warga asing. Hal sebegini telah melanggar peraturan terkandung dalam memiliki lesen perniagaan daripada pihak Bintulu Development Authority(BDA).

Pihak berwajib (BDA) telah melakukan serbuan operasi selama 2 hari,namun operasi mereka telah di hidu lebih awal oleh warga asing dan pihak berwajib hanya berputih mata, malah di tertawa oleh warga asing kerana tiada sebarang barang rampasan di lakukan.

Susulan daripada itu,para netizen di "facebook" dalam group paling di kenali di laman media sosial iaitu "Bintulu News" mencadangkan agar si pemilik lesen asal tapak niaga yg melakukan kesalahan "di tarik balik" dan batalkan serta merta lesen yg mereka perolehi.

Di harap agar pihak berwajib kembalikan semula keceriaan Pasar Utama Bintulu dengan peniaga-peniaga "local" Bintulu daripada rezeki milik peniaga local di sekat oleh warga asing yg ala-ala samseng menindas para "local".

"TOGETHER WE MAKE BINTULU BETTER"

Ulasan