BEKAS penyerang Harimau Muda B kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim, 22 sah milik pasukan Sarawak. Demikian ditegaskan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdullah Julaihi ketika ditemui semalam. Ia sekali gus menepis dakwaan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor dalam akhbar nasional semalam yang menyatakan nama Syahrul Azwari Ibrahim masih lagi berada dalam perancangan KAFA.
Menurut Abdullah, dia (Syahrul Azwari Ibrahim) sudahpun menandatangani kontrak bersama pasukan Sarawak baru-baru ini.
Tegas Abdullah lagi, pihaknya membuat keputusan untuk menambat penyerang muda itu berlandaskan peraturan yang betul.
Kontrak Syahrul Azwari Ibrahim bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan tamat hujung bulan ini dan mengikut kontrak FAM, semua pemain Harimau Muda B perlu kembali kepada pasukan negeri asal apabila dilepaskan dari pasukan Harimau Muda B. Abdullah berkata, pihaknya optimis tiada pertindihan berlaku berhubung status pemain baharu (Syahrul Azwari Ibrahim) itu. Skuad Sarawak memulakan sesi latihan hari pertama di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Datuk K. Rajagobal di Padang C, Petra Jaya petang semalam.
Latihan disertai beberapa muka baharu termasuk tiga import Gilma Jose da Silva (penyerang), Ndumba Makeche (penyerang) Ronald Hikspoor (pertahanan/tengah). Selain Mohd. Shahril Sa’ari (penjaga gol/T-Team), Mohd. Akmal (pertahanan).
Manakala, K.Gurusamy (penyerang/Selangor) dan Syahrul Azwari Ibrahim (penyerang Kelantan & Harimau Muda B) yang tiba malam semalam (Jumaat). Di samping beberapa pemain yang pernah beraksi dalam kempen Piala Juara-Juara Liga Sarawak 2015.
Antaranya, Sufizal Ismail (penyerang/Sanjung Etika), Abdul Rahim (penyerang/Sanjung Etika) dan Zul Muhi (penjaga gol/KKR Axis). FAS akan mengumumkan secara rasmi calon pemain baharu termasuk import tempatan dan luar negara di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini pukul 3.00 petang ini.
http://www.utusansarawakonline.com/news/31018/Syahrul-Azwari-sah-milik-Sarawak/
Ulasan