KES JENAYAH MEMPERDAYA WARGA EMAS DI BINTULU SEMAKIN MERISAUKAN.

Kejadian Pertama:

Pada pagi 21/11/2015 seorang mak cik telah diperdaya oleh 3 org(2 lelaki,1 wanita)di kawasan market pasar ikan Bintulu dgn 3 org tersebut memperkenalkan diri sebagai pegawai berkerja di "E-Kasih" dan ingin membantu mangsa utk mdapatkan bantuan warga emas dan setelah mangsa bersetuju utk menerima bantuan tersebut,suspek meminta mangsa utk bersama mereka menaiki kenderaan dan mencari tempat2 tertentu utk melakukan rompakan ke atas mangsa dgn merompak gelang emas & wang ringgit.

Kejadian Kedua:

Pada 1 Disember 2015, pada jam 11 pagi bertempat di depan supermarket "chuong choo" pasar Bintulu,seorang mak cik dan suami didatangi 5 orang(1 lelaki,4 wanita) dan salah seorang suspek wanita memperkenalkan diri dari pejabat kebajikan dan mahu membawa makcik tersebut untuk memohon bantuan  kebajikan warga emas.

Oleh kerana makcik itu sudahpun menerima bantuan tersebut,suspek wanita cuba memberi nombor telefon 01129931089 utk di hubungi oleh mangsa dan mangsa membuat panggilan scara bdepan utk tujuan pengesahan nombor suspek dan telefon tersebut berbunyi di tgn suspek.

Selepas itu,mangsa mengikut kemahuan suspek utk menaiki kenderaan utk ke pejabat kebajikan tanpa ditemani si suami. Kemudian setelah sampai di satu premis kedai di kawasan Parkcity Bintulu,suspek mengatakan kalau ingin masuk ke pejabat kebajikan,segala gelang emas mestilah di bukakan dan di letakkan saja di dlm beg dlm kenderaan dan hanya bawa kad pengenalan dan rm10 sahaja.

Makcik tersebut terus turun menuju ke tempat premis yg dikatakan suspek dan tiba tiba kereta suspek terus dipandu lalu meninggalkan makcik dgn barang2 dlm beg mgandungi telefon bimbit,barang kemas,jam tgn smua beranggaran rm4000 nilai kerugian.


Ulasan