SIBU: Seorang lelaki ditahan reman empat hari selepas disyaki merogol seorang gadis bawah umur di rumah mangsa di Kampung Bahagia, Teku Selasa lalu.
Suspek, 20, berasal dari Ulu Pakan, Julau dipercayai mengenali mangsa, 14, selepas berhubung melalui aplikasi Wechat dua minggu sebelum kejadian.
Difahamkan mangsa telah mengajak suspek datang ke rumahnya di Kampung Bahagia, Teku sekitar jam 8.15 malam.
Pihak polis yang menjalankan siasatan mendapati suspek dipercayai masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang selepas dibuka sendiri oleh mangsa.
Mereka kemudian dikatakan memasuki sebuah bilik dan mengadakan hubungan seks.
Kakak sulung mangsa menyedari kehadiran suspek memaklumkan bapa mereka yang kemudian pulang ke rumah setengah jam kemudian.
Suspek kemudian ditahan bapa mangsa dan bertanya kepada suspek apa dilakukan mereka dalam bilik.
Suspek dipercayai mengaku di hadapan ayah mangsa bahawa dia telah meniduri mangsa buat pertama kali.
Bapa mangsa bekerja sebagai buruh kemudian menghubungi polis yang bergegas ke lokasi kejadian.
Pasukan polis peronda MPV kemudian membawa suspek ke Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan lanjut.
Pihak polis menjalankan siasatan turut merampas pakaian dan kain cadar sebagai bahan bukti.
Mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan doktor mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
http://www.theborneopost.com/2015/12/18/gadis-14-tahun-dakwa-dirogal-kenalan-wechat/
Ulasan