KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang melibatkan tambahan 11 bahagian bagi negeri itu.
Usul persempadanan semula itu diluluskan melalui undi belah bahagian dengan 130 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 72 lagi menolak.
Berikutan persempadanan semula itu, Sarawak akan mempunyai 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 71 pada masa kini.
Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul hari ini diterima berikutan undian yang menyokong melebihi separuh daripada 222 Anggota Dewan Rakyat.-Bernama
Ulasan