SARAWAK SAHKAN TEMPAT KE SUKU AKHIR

Keputusan di Larkin itu sudah memadai buat Sarawak yang mengumpul lapan mata, sekali gus berkelebihan satu mata untuk meranapkan impian pesaing terdekat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meraih kemenangan 4-3 ke atas Perak. 

Walaupun merehatkan ramai pemain utama, JDT terlebih dahulu memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-37 menerusi Amirulhadi Zainal, namun Sarawak berjaya mengikit kedudukan menerusi Patrick Nyema Gerhardt pada minit ke-48. 

Keputusan perlawanan Kumpulan B itu melengkapkan saingan peringkat kumpulan yang menyaksikan Sarawak bakal bertemu Selangor di tempat sendiri di peringkat suku akhir, sementara JDT selaku juara kumpulan akan bertemu Felda United. 

Perlawanan pertama peringkat suku akhir akan berlangsung pada Selasa depan.


Sumber: http://www.stadiumastro.com/Arena/Piala-Malaysia/Berita/Artikel.aspx?id=178684&title=Sarawak-sahkan-tempat-ke-suku-akhir

Sarawak berjaya merebut tiket terakhir ke slot suku akhir Piala Malaysia 2015 biarpun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Johor Darul Takzim (JDT), pada Sabtu.

Ulasan