KUALA LUMPUR : Viral di media sosial baru-baru
ini, luahan kecewa seorang pengguna Facebook
yang didakwa diberi jawapan yang tidak berasas
oleh seorang anggota polis selepas mengadu
diganggu oleh sekumpulan pembuli bermotor.
Menerusi satu kenyataan Facebook, Noorhidayu
Mohamed Noor mendakwa mereka sekeluarga
telah diganggu oleh tiga penumpang motosikal
yang bertindak mengacah serta menyimbah
cecair ke atas cermin kereta yang dipandu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika
mereka sekeluarga dalam berjalanan pulang ke
Kelantan dan insiden itu belaku di daerah Kahang,
Johor.
Menurut mangsa, tiga lelaki berkenaan yang
kelihatan seperti pelajar sekolah menengah
namun rupa muka mereka tidak jelas kerana
ditutup dengan topi keledar masing-masing.
Risau dengan perbuatan tiga lelaki tersebut,
mangsa berkenaan membuat panggilan
kecemasan ‘999’ untuk melaporkan kejadian
tersebut.
Tetapi mereka diminta untuk membuat laporan di
balai polis yang berdekatan. Oleh itu, mangsa
terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu
dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis
Kahang.
Menurut kenyataan tersebut, selepas kejadian itu
dilaporkan, wanita berkenaan diminta bertemu
seorang pegawai polis dari IPD Kluang.
Noorhidayu berkata perbualannya dengan
pegawai tersebut amat mengecewakan kerana
jawapan yang diterima dilihat sebagai tidak
profesional dan tidak bertanggungjawab.
Tambah-tambah lagi, pegawai polis itu didakwa
berkata, mereka bukan ‘Superman’ yang boleh
muncul apabila mereka meminta bantuan
kecemasan.
Berikut adalah perbualan yang dikongsi oleh
Hidayah and beginilah seperti ditulis oleh
pengadu;
Malah, Noorhidayu turut mempersoalkan sikap
pegawai polis di negara ini yang sepatutnya
menjaga keselamatan rakyat serta negara.
“Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tidak
perlulah pelik kenapa jenayah semakin
berleluasa.
“Kalau di bangku sekolah mereka sudah berani
buat begini, besar nanti jangan mereka yang
mengacukan pistol kat kepala kau sudah.
“Beribu batu perjalanan kami, di bumi Malaysia
juga keselamatan kami diancam,” Noorhidayah
mengakhiri postingnya itu.
Setakat ini, kenyataan tersebut telah dikongsi
lebih dari 21 ribu kali.
Ulasan